CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 26 February 2013

Praktikal



     First time praktikal kat hospital! Mula-mula macam ok tapi lepas tu.....faham-faham je la. Walaupun dah masuk minggu ke-2 aku praktikal di Kuala Lipis tapi sesungguhnya aku masih tak boleh biasakan diri di sini... KENAPA?!! Entahlah...aku pun tak tau. Nak kata aku tak pernah dok jauh dari family, nampak beno la menipunya. Dah 2tahun lebih kot aku merantau kat K.Lumpur. Dok sana ramai-ramai ok ja. Tapi dok sini kerja berendam ayaq mata. Setiap kali call parents or dok sorang-sorang or even dok bergelak ketawa dengan kawan-kawan, nak jugak ayaq mata tu mengalir. Ke sebab kat sini kurang ramai? Tett~ Maybe sebab cuak or takut dengan staff di sini? Agaknya la kan. No comment. Bila dah call umi aku, macam-macam la aku merepek. Bila emosi menguasai diri macam tu lah kan. Nasib baik la, umi aku sanggup bersabar menahan kerenah anak yang sorang ni. Besar jasa dan pengorbanan ibu terhadap kita tau! (Termasuk bapa sekali ok!) Tapi, kalau hari-hari macam ni, boleh ke tahan sampai bulan 7 ni? Dah la susah nak balik lepas ni or maybe tak balik terus sampai bulan 7. Macam la dok luar negara. Padahal tak la jauh macam dok Johor. Tapi...! Kalau betoi-betoi nak balik, kena naik bas ke Kuala Lumpur dulu. Then naik bas di sana and terus balik. Tak ke jadi makin jauh macam tu? Lagipun, cuba pikir...kalau dari K.Lipis ke K.Lumpur lebih kurang 3jam, then tambah pulak perjalanan dari K.Lumpur ke utaqa amik masa dalam 6jam. Kan dah jadi 9jam. Tolak pulak dengan masa nak mai K.Lipis nanti, boleh jadi balik rumah masa tu cukup untuk tido ja kot. So, buat masa sekarang tolak ke tepi dulu la soal tu. Yang penting sekarang ni minggu depan ada kuiz! Hope boleh jawab. Amin!

Ya Allah, kuatkanlah semangat hamba-Mu ini untuk menempuh dugaan di sepanjang perjalanan ini!