CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 16 July 2012

1m4u


ASSALAMUALAIKUM...

Penat! Hari yang memenatkan. Hari ni, ku dan kawan-kawan kolej gi program 1m4u di Suria KLCC. Mula-mula memang kami tak tau gi sana untuk apa. Tapi, sebelum bertolak naik bas tu, ada la kakak yang bawak kami gitau. Excited la mula-mula tu. Bila dah sampai sana, dapat makan free dan kena tukar baju yang dorang bagi. Siapa yang tak suka dapat makan free kan? hehe. Ramai sangat manusia kat KLCC tu. Sesak jugak la. Dengan panas terik lagi. Then gi amik barang-barang yang kami dapat tu bukannya dekat. Tempat tu kan luas. Barang free pulak, memang ramai la yang nak. Siapa yang tak nak? Lepas beratur panjang, baru dapat barang tu. Lebih kurang sejam jugak la. Then kami rehat kat bawah pokok. Nasib baik la ada pokok, teduh sikit. Kalau la tempat tu "botak", memang bertambah-tambah panas la. Macam-macam kerenah yang boleh di tonton. Tempat ramai kan. Sampai budak sesat pun ada. Kesian tengok. Tapi, nasib baik ada yang tolong. Baik betul mak cik yang tolong budak tu. Kami gi jalan-jalan kat kawasan tu je. Tempat sesak tak berani nak gi jauh. Lagipun, penat jalan dalam sesak. Dah macam jalan raya pulak. Bila nak balik pulak satu hal lagi. Tunggu bas dari pukul 5.30 petang. Pukul 7 lebih baru bas sampai. Ini menunjukkan bahawa jalan raya sangat sesak. Tapi kan, bila balik tak macam masa mula-mula datang. Masa mula-mula, bising je dalam bas. Bila dah balik, senyap je. Ada jugak yang terlelap. Penat sangat la tu...

Bukan selalu boleh jalan-jalan kat tempat orang.