CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 5 July 2012

masalah itu ujian


ASSALAMUALAIKUM...

Kata orang,"hidup tidak selalunya indah" dan kata orang jugak, "hidup ini umpama roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah." Macam itulah hidup ku dalam minggu ni. Erk, rasanya bukan minggu ni je kot.Banyak benda yang jadi. Petang semalam, ku gi beli tiket bas untuk balik masa bulan Ramadhan nanti. Bas yang ku nak naik tu takda orang jaga kat kaunter. Tunggu la kejap. Lama jugak tunggu. Penat tunggu terus gi cari bas lain. Tapi, abang tu cakap harga tiket naik masa tu sebab esok tu nak puasa. Dah la duit tengah tak berapa nak ada, harga tiket naik pulak. Adoii. Tapi ku beli jugak tiket tu. Malas nak cari yang lain dah. Then, ku dengan kawanku gi Berjaya Times Square jap. Nak baiki jam yang ku baru beli kat sana. Baru beli dah rosak. Teruk betul ku ni kan. Eh heloo..bukan ku yang bagi rosak okay. Dah jam tu memang rosak. -_- Masa try kat kedai ok. Petang tu, ku nak pakai masa nak gi kelas jam tu rosak balik. Penat-penat gi baiki tapi x ok jugak. Geram! Terus mood ku berubah petang tu. Senyap. Balik dari kelas, umi & abang ku mesej. Tolong ingatkan ku malam Nisfu Syaaban. Lepas buat apa yang patut baru ku rasa tenang. Dengan berwuduk dan berdoa boleh buat kita rasa tenang. Tak semestinya masalah tu tak dapat diselesaikan. Belum cuba belum tau kan? Lagipun, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Anggaplah masalah itu satu ujian daripada-NYA dan Allah tak akan bagi ujian tu kalau kita x mampu kan? Jadi, yang penting jangan mudah berputus asa. :)

Ujian itu manis kerana ujian itu mendekatkan diri kita kepada-NYA.

0 comments: